Selamat Menyambut Kedatangan Syawal…

•September 19, 2009 • Leave a Comment

Alhamdulillah..tahun ini aku masih sempat beraya bersama keluarga tercinta.

harapnya kalian juga gembira dan sihat sejahtera di syawal ini. tiada sengketa. tiada kata-kata nista lagi.

sambutlah dengan bersederhana. ingat orang di seberang sana yang masih kucar kacir hidupnya. tanpa baju raya baru. tanpa makanan yang enak-enak.

marilah kita bermaaf-maafan.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari aku dan keluarga. =)

timur dan barat

•September 19, 2009 • Leave a Comment

ada bezakah?

fikir sejenak.

bezakah orang timur dan barat?

apakah yang dimaksudkan dengan orang timur?

apakah yang dimaksudkan dengan orang barat?

lihat gambar ini betul-betul.

globe

bumi ini bulat.

apakah yang dimaksudkan dengan kesopanan bak orang timur?

bersopankah wanita zaman melayu melaka dahulu dengan kembannya? seksikah pula wanita zaman columbus dulu dengan gaun berlapis-lapisnya?

dan mahu mengatakan masyarakat timur kita kini yang kononnya meniru budaya barat yang 100% dipersalahkan apabila adanya pemesongan akhlak?

apakah orang barat agamanya lain? apakah orang timur agamanya lain?

sila cari jawapan sendiri.

telinga dan mulut

•September 16, 2009 • Leave a Comment

kadang-kala orang dewasa sengaja memekakkan telinga.

untuk suatu kenyataan yang pasti.

kata-kata mereka yang muda ditolak mentah-mentah.

kata mereka sahaja yang benar.

kononnya.

ps : mereka meletakkan orang muda itu pada zaman mereka yang pastinya belum pernah orang muda itu lalui tetapi orang muda itu ingin membaiki keadaan…yang mereka lebih tua itu sangat jelas tentang hakikat kebenaran kata orang muda tetapi masih berusaha menafikannya. tidak faham? tidak mengapa.

masuk satu keluar satu

•September 5, 2009 • Leave a Comment

membaca post di kennysia.com. satu tindakan kurang bijak oleh pihak berkenaan. mahu mengurangkan satu masalah tapi menambah satu masalah pula….

sila fikir sebelum bertindak.

manusia

•August 28, 2009 • Leave a Comment

kata itu nista

mata itu panah

hati itu gelap

biar saja ia pergi

kerna makna tiada lagi

yang datang ditatap

yang hulur dihinggap

mungkin bawa satu baru

mungkin mahu di situ

biar

biar

biar

tiada apa mahu nanti

kau menanti?

aku menanti?

lelah…..

semua ternanti-nanti

habis…

tiada apa lagi….

ps : love between human…..not just for your spouse

asli atau manipulasi

•August 27, 2009 • Leave a Comment

kalau aku katakan tiada yang asli di atas muka bumi ini kecuali yang diciptakan oleh Allah S.W.T., adakah benar?

kalau aku katakan yang ada hanyalah manipulasi. adakah benar?

adakah manusia yang sibuk mengatakan rekaan mereka itu asli, sememangnya asli?

tipulah kalau tak ada manipulasi langsung…

tiada yang asli. yang ada hanyalah manipulasi

bolehkah?

•August 27, 2009 • 1 Comment

bolehkah saya menulis sesuatu yang berbau politik?

bolehkan saya menulis sesuatu yang menimbulkan sensitiviti pihak yang menaja saya sekarang?

bolehkah saya menulis sesuatu yang akan menimbulkan kenaikan tekanan darah sesetengah pihak?

bolehkah saya menulis sesuatu yang menunjukkan betapa saya menentang undang-undang negara ini?

bolehkah saya menulis sesuatu yang berkemungkinan akan membuatkan orang flag blog saya?

bolehkah saya menulis sesuatu yang mungkin membuatkan orang semakin membenci saya?

bolehkah saya menulis sesuatu yang ada di dalam fikiran saya?

bolehkah saya menulis sesuatu yang tidak mungkin boleh saya katakan secara jelas dan kuat di hadapan perhimpunan kolej saya?

bolehkah saya menulis sesuatu tentang negara ini yang tidak kena di mata saya? (ingat. di mata saya)

bolehkah saya menulis sesuatu tentang apa saya rasa,apa saya fikir,apa saya nampak yang ingin saya luahkan tanpa ada mana-mana pihak yang terlalu cepat melatah jika merasakan diri mereka tergugat atau adakah pihak yang mahu mebangkang jika saya mengatakan yang Malaysia adalah negara yang tidak lagi selamat dan telah tercemar dan semakin menutup kotak pemikiran rakyatnya tetapi mengwar-warkan yang Malaysia adalah negara bebas,bebas berkata,bebas berfikir,bebas menerima apa saja tidak kira walaupun kedatangan itu bakal merosakkan segala isinya?

bolehkah?

Hello world!

•August 27, 2009 • 1 Comment

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.